July 28, 2021

Buriram United Menjadi Pemenang PUBG Continental Series 4: APAC!

Setelah sekian lama bertarung dengan 16 pasukan tersohor yang berasal daripada 5 negara, pasukan Buriram United telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan PUBG Continental Series 4: APAC!

Pasukan tersebut bermain dengan agak konsisten sepanjang siri, mengambil kedudukan kedua, pertama, dan keempat, manakala pasukan FURY yang berasal daripada Australia hanya dapat menduduki tempat kedua akibat kekurangan $2,000 berbanding pemenang yang telah berjaya mengutip sebanyak $42,000. Tempat ketiga pula diduduki oleh pasukan BN United dengan jumlah $29,000.

Anugerah ‘Most Kills’ juga telah diberi kepada pemain Buriram United, Noardra, manakala anugerah ‘Most Impressive Team,’ telah dikutip oleh pasukan FURY. Pasukan All-PCS pula (All-Star) terdiri daripada Noardra (Buriram United), AljnB0Tz (ArkAngel Predator), Ronon (FURY), dan Ykikamucoww (FURY).

Sebagai juara pertandingan ini, pasukan Buriram United akan dijemput untuk bertanding dalam PUBG Global Championship 2021 secara automatik, dimana pasukan tersebut akan bersaing dengan 31 pasukan terbaik dunia dalam bulan November.

Pasukan-pasukan yang berkedudukan nombor 2 hingga 16 akan menerima mata PGC, agar mereka mendapat peluang kedua untuk melayakkan diri untuk menandingi pertandingan terbesar dalam kalender.

Pasukan-pasukan tidak usah putus asa, kerana masih terdapat segelintir harapan untuk memasuki pertandingan PUBG Global Championships. Berdasarkan format semasa, terdapat 6 slot yang telah dirizabkan untuk Asia Pasifik mengikut turutan di bawah:

  • 1 slot bagi pemenang PUBG Continental Series 4
  • 1 slot bagi pemenang PUBG Continental Series 5- 1 slot bagi pasukan Thailand yang memperoleh paling banyak mata PGC
  • 1 slot bagi pasukan Vietnam yang memperoleh paling banyak mata PGC
  • 2 slot bagi pasukan-pasukan lain dalam ‘ranking table’ (termasuk Thailand dan Vietnam)

Adakah kalian bersedia untuk menandingi dalam liga-liga besar? Pendaftaran untuk PUBG Challenger Rumble Season 2 akan dibuka pada 28 Jun 2021! Ambil peluang ini untuk bersaing dengan pasukan-pasukan daripada Indonesia, Philippines, Malaysia, dan Singapura untuk menjadi pemenang dan melayakkan diri anda untuk PUBG Continental Series 5!

Bang Gimin

Penulis artikelnya Gimindo.com

Read Previous

CD Projeckt Red Konfirmasi Tidak Ada Game The Witcher Terbaru, Namun Janjikan Banyak Kejutan di WitcherCon

Read Next

Patch Terbaru Shadowlands Chains of Domination Sudah Bisa Dimainkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *